Arkib

Archive for the ‘Umum’ Category

Saya berpindah ke blog yang baru

September 30, 2008 Tinggalkan komen

Assalamualaikum w.b.t

Ingin saya nyatakan bahawa kemungkinan entri ini adalah entri terakhir saya dalam blog ini kerana saya telah pun berpindah ke blog yang baru. Masih menggunakan wordpress tetapi dihostkan sendiri. Kemampuan saya untuk membina laman web sendiri dan menggunakan CMS seperti wordpress, joomla, xoops dan lain-lain membuatkan saya kurang selesa menggunakan blog free seperti di wordpress.com ini.

sila layari blog saya yang baru http://ustazsaifudin.wakaf.org

sekian, Salam

Advertisements
Kategori:Umum Tag:

Kemerdekaan di sisi agama

Kemerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia.

 

Ia sama sekali tidak sama sebagaimana perhambaan manusia terhadap sesama manusia. Bahkan, apabila manusia berjaya menjadikan keseluruhan hidupnya sebagai suatu pengabdian kepada Allah s.w.t. bermakna dia telah menjadi seorang Muslim yang benar-benar merdeka.

 

Dalam erti kata lain, dia mempunyai daya pertahanan yang sangat kukuh daripada dipengaruhi atau dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuklah dalam bentuk kuasa, pengaruh atau idea yang tidak boleh diterima oleh agama. Mungkin jasadnya terpenjara akan tetapi hati dan pemikirannya berpaut kepada prinsip-prinsip agama yang kukuh.

 

Kemerdekaan jiwa ini boleh dilihat bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak berganjak sedikit pun dengan amaran yang dinyatakan oleh Raja Namrud untuk membakar baginda hidup-hidup sekiranya baginda tetap tidak mahu menerima berhala sebagai tempat untuk disembah. Baca selanjutnya…

Kategori:Umum

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum

Ogos 26, 2008 1 komen

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana diberikan kesempatan kepada saya untuk menghasilkan blog menggunakan wordpress ini. sebenarnya saya bukanlah seorang yang rajin menulis blog kerana tiada komitmen dan minat yang mendalam tentang penulisan blog. walaupun begitu, saya meminati penulisan ilmiah dan juga tugasan saya sebagai seorang eksekutif syariah menuntut saya supaya melakukan penulisan terutama kepada orang awam

Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memuatkan setiap penulisan saya untuk ditatapi bersama. perlu diambil maklum bahawa saya ini bukanlah seorang yang terlalu mahir dalam bidang syariah. Saya mengambil sikap berlapang dada yakni setiap perkara yang saya dengar atau baca tidak semestinya saya akan terima mentah-mentah atau tolak bulat-bulat. begitu juga anda di luar sana, setiap apa yang saya katakan terpulang kepada penerimaan anda. sekiranya tidak bersetuju anda boleh mengutarakan pandangan anda kepada saya. Mana tahu kalau-kalau saya tersilap. Kita manusia insan yang lemah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Wallahu a’lam.

Kategori:Umum