Arkib

Archive for the ‘Ibadah (umum)’ Category

Amalan di bulan Rejab dan Sya’ban

Menuruti bulan Rejab dan Sya’ban ialah bulan Ramadhan. Seluruh umat Islam pastinya ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan kerana pada ketika itulah seluruh umat Islam berusaha bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melakukan amal ibadah. Sebagai meraikan Ramadhan yang bakal menjelang umat Islam juga meraikan bulan Rejab dan Sya’ban. Banyak amal ibadat dilakukan sebagai penyambut kepada bulan Ramadhan.

Baca selanjutnya…

Advertisements
Kategori:Ibadah (umum)

“Big Sale” Ramadhan

Ogos 26, 2008 1 komen

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!.. Selamat datang Ramadhan!.. begitulah ungkapan yang sering dilaungkan oleh orang Islam tatkala bulan Ramadhan menjelang tiba. Ketika ini merupakan hari gembira kepada umat Islam. Dalam setahun kita hidup, Allah berikan kepada kita satu bulan yang di dalamnya mengandungi pelbagai ganjaran iaitu bulan Ramadhan. Dengan kata lain, dalam bulan Ramadhan Allah mengadakan “Big sale” untuk umat-umatnya. Dan jika dilakukan promosi “Big sale” ini, mungkin bait-bait ayat promosi ini paling mudah menggambarkan bulan Ramadhan. Baca selanjutnya…

Kategori:Ibadah (umum)

Selamat datang Ramadhan

Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihklasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Baca selanjutnya…

Kategori:Ibadah (umum)