Utama > Ibadah (umum) > Selamat datang Ramadhan

Selamat datang Ramadhan

Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihklasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan kedatangan Ramadhan yang sekejap itu dengan amal kebajikan. Ini kerana Allah memberi banyak keistimewaan berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan yang tidak diberikan dalam bulan-bulan lain. Dalam hal ini Rasulullah bersabda. “Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Berdasarkan beberapa penjelasan hadis dapat disimpulkan bahawa Ramadhan adalah bulan ibadah iaitu yang mampu memberi kesan positif kepada kehidupan setiap muslim. Dari satu sudut, amalan dalam bulan Ramadhan mampu menghapuskan perkara negatif dan dosa kita. Dari sudut yang lain pula mampu menambahkan pahala dan membentuk jati diri kita sebagai muslim yang taat kepada Allah. Pengumpulan pahala dan penghapusan dosa ini dihasilkan melalui amalan soleh yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadhan.

Dua amalan utama yang dituntut adalah puasa dan solat Tarawih. Berpuasa adalah kewajipan dan solat Tarawih adalah pelengkap kepada ibadah puasa. Kedua-dua amalan ini merupakan amalan istimewa yang dituntut sepanjang Ramadhan. Justeru, apabila dilakukan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda. Bukan itu sahaja, banyak lagi amalan dapat kita lakukan

Menurut Aisyah R.A katanya: “Rasulullah S.A.W memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadah (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya”.

Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya mencontohi Rasulullah serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadis memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-malam inilah berlakunya malam Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.

 

 

Kategori:Ibadah (umum)
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: