Utama > Ibadah (umum) > “Big Sale” Ramadhan

“Big Sale” Ramadhan

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!.. Selamat datang Ramadhan!.. begitulah ungkapan yang sering dilaungkan oleh orang Islam tatkala bulan Ramadhan menjelang tiba. Ketika ini merupakan hari gembira kepada umat Islam. Dalam setahun kita hidup, Allah berikan kepada kita satu bulan yang di dalamnya mengandungi pelbagai ganjaran iaitu bulan Ramadhan. Dengan kata lain, dalam bulan Ramadhan Allah mengadakan “Big sale” untuk umat-umatnya. Dan jika dilakukan promosi “Big sale” ini, mungkin bait-bait ayat promosi ini paling mudah menggambarkan bulan Ramadhan.

Jangan lepaskan “Big sale!,
Ganjaran pahala besar-besaran tiada tandingan!
Diskaun keampunan sehingga 99%!
Ramadhan telah tiba!
Selama satu bulan penuh rahmat dan berkat!
Siapkan doa sekarang juga!
Jangan ketinggalan solat malam dan membaca al-Quran!
kumpulkan “point” amalan anda!
sunnah disamakan dengan wajib, “point” yang wajib berlipat ganda!
Juga nantikan bonus tak terduga di akhir bulan
Siapa tahu anda berhak mendapatkan “Door-prize” : Lailatul Qadar!
Ayuh!..kita beramai-ramai menghidupkan Ramadhan!

                Begitulah, betapa untungnya bagi sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan soleh dengan mengharapkan maghfirah (keampunan) daripada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W dalam hadisnya telah menyebut bahawa :

“Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihklasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Ini juga membawa maksud bahawa Allah memberikan rebet penghapusan dosa sekiranya kita berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Justeru, marilah kita menyambut Ramadhan kali ini dengan penuh gembira dan memenuhkan bulan tersebut dengan amalan-amalan kebajikan seperti:

1.       Berpuasa

2.       Solat Tarawih

3.       Membayar zakat

4.       Bersedekah (terutama kepada orang yang memerlukan)

5.       Membaca Al-Quran

6.       Belajar dan mengajar

7.       Memberi makan orang lain sewaktu berbuka

8.       Berselawat

9.       Qiamullail

10.   Dan lain-lain lagi

Selain itu, dalam masa yang sama kita hendaklah menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan perkara yang sia-sia kerana ia akan mengurangkan pahala dan masa kita untuk beribadah kepada Allah. Seharusnya semakin Ramadhan menuju ke penghujungnya semakin giat kita melakukan amal ibadah. Dalam hal ini Saidatina Aisyah R.A telah berkata:

 “Rasulullah S.A.W memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadah (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya”.

Justeru, marilah kita sama-sama menghayati dan memenuhkan Bulan Ramadhan dengan amalan-amalan kebajikan. Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya mencontohi Rasulullah serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadis memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-malam inilah berlakunya malam Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.

Kita tidak mengetahui apakah dia kelebihan melebihi seribu bulan itu, tetapi kita harus yakin dan percaya Allah itu maha pemurah kepada hamba-hambanya. Apa yang penting, kita manfaatkan sebaik mungkin bulan Ramadhan. Dalam hal ini Rasulullah bersabda. “Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadhan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadhan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Kategori:Ibadah (umum)
  1. hisam
    September 26, 2008 at 6:13 am

    minta izin copy sikit maklumat tuan.
    lawati : http://attazkirah.wordpress.com
    tq

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: