Saya berpindah ke blog yang baru

September 30, 2008 Tinggalkan komen

Assalamualaikum w.b.t

Ingin saya nyatakan bahawa kemungkinan entri ini adalah entri terakhir saya dalam blog ini kerana saya telah pun berpindah ke blog yang baru. Masih menggunakan wordpress tetapi dihostkan sendiri. Kemampuan saya untuk membina laman web sendiri dan menggunakan CMS seperti wordpress, joomla, xoops dan lain-lain membuatkan saya kurang selesa menggunakan blog free seperti di wordpress.com ini.

sila layari blog saya yang baru http://ustazsaifudin.wakaf.org

sekian, Salam

Kategori:Umum Tags:

Zakat sebagai alat dasar fiskal sesebuah kerajaan islam

Ogos 26, 2008 2 comments

Zakat sebagai salah satu arahan daripada Allah kepada manusia bukan sahaja di syariatkan kepada umat islam sebagai takaful sosial sahaja tetapi peranannya merangkumi ekonomi dan mampu mempengaruhi dasar-dasar negara. Dalam kerajaan islam zakat berperanan sebagai salah satu alat dasar fiskal. Peranan yang dimainkan samalah seperti sistem percukaian. Dalam dunia moden sekarang zakat dilihat penting dan sebagai pelengkap kepada dasar fiskal sesebuah negara islam dan boleh diletakkan sebaris dengan perbelanjaan negara dan cukai.
Read more…

Kategori:Zakat

Amalan di bulan Rejab dan Sya’ban

Menuruti bulan Rejab dan Sya’ban ialah bulan Ramadhan. Seluruh umat Islam pastinya ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan kerana pada ketika itulah seluruh umat Islam berusaha bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melakukan amal ibadah. Sebagai meraikan Ramadhan yang bakal menjelang umat Islam juga meraikan bulan Rejab dan Sya’ban. Banyak amal ibadat dilakukan sebagai penyambut kepada bulan Ramadhan.

Read more…

Kategori:Ibadah (umum)

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Ogos 26, 2008 20 comments

Apa itu Takaful?

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Read more…

“Big Sale” Ramadhan

Ogos 26, 2008 1 komen

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!.. Selamat datang Ramadhan!.. begitulah ungkapan yang sering dilaungkan oleh orang Islam tatkala bulan Ramadhan menjelang tiba. Ketika ini merupakan hari gembira kepada umat Islam. Dalam setahun kita hidup, Allah berikan kepada kita satu bulan yang di dalamnya mengandungi pelbagai ganjaran iaitu bulan Ramadhan. Dengan kata lain, dalam bulan Ramadhan Allah mengadakan “Big sale” untuk umat-umatnya. Dan jika dilakukan promosi “Big sale” ini, mungkin bait-bait ayat promosi ini paling mudah menggambarkan bulan Ramadhan. Read more…

Kategori:Ibadah (umum)

Selamat datang Ramadhan

Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihklasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Read more…

Kategori:Ibadah (umum)

Kemerdekaan di sisi agama

Kemerdekaan di sisi Islam bukan suatu perkara yang mutlak. Hakikat kejadian manusia ialah ia tetap menjadi hamba kepada Penciptanya. Walaupun demikian penghambaan manusia kepada Allah s.w.t. bukanlah bermaksud bahawa manusia itu tidak mempunyai sebarang hak untuk menjalani kehidupan dengan rasa yang tenang dan bahagia.

 

Ia sama sekali tidak sama sebagaimana perhambaan manusia terhadap sesama manusia. Bahkan, apabila manusia berjaya menjadikan keseluruhan hidupnya sebagai suatu pengabdian kepada Allah s.w.t. bermakna dia telah menjadi seorang Muslim yang benar-benar merdeka.

 

Dalam erti kata lain, dia mempunyai daya pertahanan yang sangat kukuh daripada dipengaruhi atau dibelenggu oleh mana-mana pihak termasuklah dalam bentuk kuasa, pengaruh atau idea yang tidak boleh diterima oleh agama. Mungkin jasadnya terpenjara akan tetapi hati dan pemikirannya berpaut kepada prinsip-prinsip agama yang kukuh.

 

Kemerdekaan jiwa ini boleh dilihat bagaimana Nabi Ibrahim a.s. tidak berganjak sedikit pun dengan amaran yang dinyatakan oleh Raja Namrud untuk membakar baginda hidup-hidup sekiranya baginda tetap tidak mahu menerima berhala sebagai tempat untuk disembah. Read more…

Kategori:Umum
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.