Utama > Artikel ilmiah saya, Takaful > Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Apa itu Takaful?

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

 

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

  1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

  1. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

  1. Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

  1. Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

  1. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

  1. Perjalanan operasi

1.       Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.  Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.

2.       Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

3.       Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

4.       Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

  1. Aspek perundangan

Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

About these ads
  1. ashaari
    April 13, 2009 at 2:54 am

    “sekiranya Risk Fund tidak mencukupi, Shareholders Fund akan memberikan pinjaman.” Adakah pinjaman tersebut menggunakan prinsip Shariah iaitu Qard Hassan?

    • ustazsaifudin
      April 15, 2009 at 7:10 am

      ye. betul. memang menggunakan prinsip qard hasan. sila semak dalam proposal form. dalam bahagian aqad biasanya ada dinyatakan.

  2. ashaari
    April 13, 2009 at 2:58 am

    Adakah Malaysia mengamalkan pure mudharabah atau modified mudharabah?

    • ustazsaifudin
      April 15, 2009 at 7:11 am

      malaysia menggunakan modified mudharabah.. begitu juga wakalah. banyak sebenarnya isu2 yg masih belum selesai tentang hal2 seperti ini.

  3. aizat
    April 17, 2009 at 3:53 pm

    salam ustaz, saya ada mendengar konsep Ju’alah digunakan dalam takaful. Bagaimanakah konsep tersebut digunakan? terutamanya di negara kita.

    • ustazsaifudin
      April 20, 2009 at 3:57 am

      salam

      sememangnya konsep jualah digunapakai secara agak meluas dalam industri takaful di malaysia sebagai reward kepada syarikat. ada syarikat yang memberikan nama kepada jualah ini sebagai performance fee. Dalam produk-peoduk wakalah, operator tidak layak berkongsi lebihan daripada dana risiko. tetapi di malaysia dibenarkan syarikat berkongsi lebihan berasaskan konsep jualah. tetapi jualah yg dibenarkan tidak seharusnya dalam kadar yang tinggi. para ulama/scholars masih tidak sependapat tentang hal ini dari sudut berapa banyak dll. juga tiada guideline yg khusus dari bank negara. apa yang saya boleh rumuskan ianya dibenarkan di Malaysia. applikasinya bergantung kepada industry player. wallahua’lam

  4. Mei 28, 2009 at 4:06 pm

    Assalamualaikum…patutla dibuat kajian..rupanya2 agen takaful rupanya.

  5. ustazsaifudin
    Mei 29, 2009 at 7:46 am

    en arif hamdi maksudkan saya ke? saya bukan agen takaful. saya pegawai syariah. memang kerja saya untuk buat research tentang takaful.

    • rosliza
      Jun 23, 2010 at 1:31 pm

      Salam,, saya diberi tahu oleh egen kggmb mereka dah mohon untuk takaful betul ke….

  6. Mohd Azmi Ismail
    Ogos 31, 2009 at 5:46 am

    Kepada semua saudara seagama Islam, agen2 Insurans dan Takaful, pelanggan2 Insurans dan Takaful dan semua yang mencari yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga…

    Insurans tu tujuannya amat baik, tapi perjalanannya kurang baik. Dulu2 semasa belum ada Takaful, kita tak ada pilihan. Tapi sekarang Takaful dah ada. Pilihlah Takaful.

    Agen2 insurans diluar sana, sekarang adalah masa untuk berhijrah buat Takaful. Tak perlulah nak pertahankan macam2 hujah untuk menghalalkan insurans tu. (semua nak tunjuk kepandaian masing2) tapi sebenarnya nak pertahankan komisen dalam insurans konvensional tu. Kalau Majlis Fatwa kata HARAM maka HARAMLAH.. kita ni siapa nak banding dengan mereka. Jangan nak berbalah sana sini lagi. Ikut jer.

    Apa yang istimewa sangat insurans konvensional tu sampai bermati-matian “kita” mempertahankannya. Berilah ruang Takaful untuk berkembang di negara kita kerana ia muamalat Islam. Kekurangan sana-sini dalam Takaful kita pakat baiki sama-sama.

    Kesimpulannya insurans tu baik, tapi Takaful lebih baik.

  7. nur
    Disember 31, 2009 at 7:20 am

    “wakalah or mudharabah Model of takaful : an inter-generational equity.”adakah model wakalah or mudharabah sesuai digunakan dalam kes ini?

  8. seizha
    Januari 7, 2010 at 2:14 pm

    salam..ye sy bersetuju…sesungguhnya kita harus buka minda dan menerima takaful yg smmgnya tlh tertulis dalam al-quran ttgnya…sejak zaman rasullulah lagi konsep ini diamalkan cume tidak digelar takaful….jadi kita sbg umatnya harus mengikut sunnahnya…jgn hny pk kan kekayaaan dunia pk kan juga kekayaan akhirat…pada hr ini org cukup bijak memilih mknn halal dan cop halal di makanan tapi sygnya mereka tidak mencari yang halal dalam kewangan dan perbankan yg digunakan pada hari ini…jd pada yg msh keliru ttg kewnangan islam adalah baik anda dalami perlahan-lahan agar tidak terus tersesat….

    • zack
      April 20, 2010 at 6:36 am

      seizha setahu saya tiada pun dalam al-quran yang menyatakan takaful atau insuran…boleh u bagi kat i surah man?

  9. shue
    Februari 1, 2010 at 1:51 pm

    salam ustaz…
    Adakah konsep ju’alah dan konsep hibah berbeza dalam takaful….boleh tak ustaz terangkan secara terperinci mengenai kedua-dua konsep ini….

  10. ustazsaifudin
    April 9, 2010 at 3:24 am

    Maaf, masa untuk menjawab secara detail agak terbatas. ringkasnya seperti berikut:

    Hibah – pemberian/hadiah tanpa ada imbalan
    Jualah – kalau dalam takaful dikira sebagai performance fee. ianya sebagai reward hasil pencapaian sesuatu usaha pekerjaan

  11. Ain
    Oktober 14, 2010 at 3:35 am

    Salam Ustaz,

    Boleh tak kalau kite jual insurans pada bukan islam? adakah pendapatan yang di perolehi sama haramnya?..

    t.kasih ustaz…

  12. faizal
    November 1, 2010 at 5:20 am

    Salam ustaz. Saya telah berpindah dari ejen konvensional ke takaful (alhamdulillah). saya ada kemusykilan. Dalam insurans konvensional dia ada produk Investment Linked dimana pelaburannya adalah ke tempat2 yg dilulus syariah dan menggunakan murabahah dan sukuk. Apabila di tanya kepada ejen takaful yg dah lama, mereka katakan, memang pelaburan itu ke tempat yg diluluskan syariah tapi rider-rider yang disertakan bersama ILP itu yg HARAM. Sefahaman saya, rider itu dikenakan caj ( atau wakalah didlm takaful) dan tiada unsur riba, maisir dan gharar ??? Tolong saya ustaz…..

  13. rally
    Disember 13, 2010 at 8:05 am

    Salam ustaz. Saya echo faizal post.
    Boleh saya tahu jawapannya?

    Terima kasih.

  14. za
    Disember 23, 2010 at 6:08 am

    salam ustaz..boleh tak kalau saya download dan sebarkan artikel ustaz ini ?

  15. anis
    Mei 30, 2011 at 1:14 am

    assalamualaikum..saya ada membaca satu artikel berkenaan pembiayaan rumah melalui Sistem Perbankan Islam.di dalam artikel ini ada menyatakan bahawa salah satu perlindungan yang diberikan ialah insuran kebakaran dan bukan nya takaful kebakaran..boleh tolong jelaskan ?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: