•September 30, 2008 •
Tinggalkan Komen
Assalamualaikum w.b.t
Ingin saya nyatakan bahawa kemungkinan entri ini adalah entri terakhir saya dalam blog ini kerana saya telah pun berpindah ke blog yang baru. Masih menggunakan wordpress tetapi dihostkan sendiri. Kemampuan saya untuk membina laman web sendiri dan menggunakan CMS seperti wordpress, joomla, xoops dan lain-lain membuatkan saya kurang selesa menggunakan blog free seperti di wordpress.com ini.
sila layari blog saya yang baru http://ustazsaifudin.wakaf.org
sekian, Salam
Dikirim dalam Umum
Label: blog baru
•Ogos 26, 2008 •
Tinggalkan Komen
Menuruti bulan Rejab dan Sya’ban ialah bulan Ramadhan. Seluruh umat Islam pastinya ternanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan kerana pada ketika itulah seluruh umat Islam berusaha bersungguh-sungguh dan berlumba-lumba melakukan amal ibadah. Sebagai meraikan Ramadhan yang bakal menjelang umat Islam juga meraikan bulan Rejab dan Sya’ban. Banyak amal ibadat dilakukan sebagai penyambut kepada bulan Ramadhan.
Terus membaca ‘Amalan di bulan Rejab dan Sya’ban’
Dikirim dalam Ibadah (umum)
•Ogos 26, 2008 •
9 komen
Apa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.
Terus membaca ‘Perbezaan antara Takaful dan Insurans’
Dikirim dalam Artikel ilmiah saya, Takaful
•Ogos 26, 2008 •
1 Komen
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!.. Selamat datang Ramadhan!.. begitulah ungkapan yang sering dilaungkan oleh orang Islam tatkala bulan Ramadhan menjelang tiba. Ketika ini merupakan hari gembira kepada umat Islam. Dalam setahun kita hidup, Allah berikan kepada kita satu bulan yang di dalamnya mengandungi pelbagai ganjaran iaitu bulan Ramadhan. Dengan kata lain, dalam bulan Ramadhan Allah mengadakan “Big sale” untuk umat-umatnya. Dan jika dilakukan promosi “Big sale” ini, mungkin bait-bait ayat promosi ini paling mudah menggambarkan bulan Ramadhan. Terus membaca ‘“Big Sale” Ramadhan’
Dikirim dalam Ibadah (umum)
•Ogos 26, 2008 •
Tinggalkan Komen
Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadhan dengan penuh keimanan dan keihklasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)
Terus membaca ‘Selamat datang Ramadhan’
Dikirim dalam Ibadah (umum)
Komen terbaru